Assalamualaikum..
Salam kepada semua...=)
Zaman sekarang banyak peristiwa pelik dan aneh berlaku. Masih ramai lagi yang masih tidak menyedari bahawa banyak berlaku perkara yang berkaitan dengan isu umat Islam itu sendiri. Terutamanya golongan wanita yang menggunakan sanggul palsu dan anak tudung yang mempunyai sanggul palsu demi fesyen dan kecantikan untuk diperlihatkan di khalayak ramai.
Bahkan ada segelintir golongan hawa ini masih tidak menyedari dan masih menggunakan sanggul palsu ini bagi tujuan pemakaian fesyen tudung. Menggunakan sanggul palsu ataupun anak tudung yang mempunyai sanggul palsu adalah dilarang dan ditegah dalam Islam. Hatta, menyambung rambut pun ditegah oleh Rasulullah SAW walaupun kita mempunyai masalah keguguran rambut yang teruk.
Saidatina 'Aisyah RA pula berkata, " Seorang perempuan Ansar jatuh sakit sehingga gugur rambutnya. Keluarganya berhajat hendak menggantikannya dengan cemara (rambut palsu). Sebelum itu mereka bertanya kepada Nabi SAW. Lalu Nabi SAW pun bersabda: Maksudnya; "Allah mengutuk perempuan yang membuat cemara dan memakai cemara". - ( Riwayat Bukhari dan Muslim )
Ini adalah contoh pemakaian sanggul palsu untuk fesyen dan kecantikan...
Sanggul palsu ini termasuk dalam perhiasan yang dilarang atau diharamkan dalam Islam. Sungguhpun begitu, walaupun zaman sekarang ini zaman kesedaran Islam, ramai golongan wanita menutup rambut mereka dengan tudung, namun masih lagi terdapat sebahagian daripada mereka bersolek dan memakai rambut palsu untuk ke majlis perkahwinan dan sebagainya.
Menurut Qatadah; "Seorang lelaki datang membawa seorang wanita bernama Ba'sya, sedang di kepalanya terdapat perca kain yang dijadikan rambut palsu. Melihatkan itu, Ma'awwiyah berkata; "Ini termasuk kebohongan dan kepalsuan".-( Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sekian. Segala yang baik itu semuanya datang dari Allah SWT dan segala keburukan itu adalah datang dari diri saya sendiri..minta diberi teguran jika saya melakukan kesilapan..=)
Sunday, 18 December 2011
Saturday, 17 December 2011
saya bangga jadi anak melanau..
Assalamualaikum...
Salam kepada semua...=)
Buat pembaca sekalian.sy ingin berkongsi serba sedikit mengenai masyarakat melanau..
Siapa masyarakat Melanau?
Masyarakat melanau adalah salah satu etnik yang terdapat di Malaysia. Masyarakat melanau kaya dengan adat resam yang diwarisi daripada nenek moyang mereka terdahulu.
Penempatan utama komuniti Melanau kebanyakkannya terletak di muara sungai dan juga anak sungai di kawasan persisiran dari daerah Rajang di bahagian Keenam hingga ke daerah Bintulu di Bahagian Keempat. Dalam kawasan ini terdapat pusat penempatan tertentu berhampiran dengan laut iaitu rajang, Paloh, Belawai, Daro, Matu, Igan, Oya, Mukah dan Bintulu.
Jom tengok makanan best masyarakat Melanau...=)
Buah ini di Sarawak dikenali sebagai buah 'dabai'. Buah ini mempunyai rasa yang sedap dengan lemak buahnya yang tersendiri. Kebiasaannya, buah ini terkenal dan mudah diperolehi di kawasan pertengahan Sarawak iaitu di Sibu dan Sarikei.
Yang ini pula dikenali sebagai 'linut'. Ada sesetengah masyarakat melanau yang tidak boleh makan linut. Antara orang-orang yang spesel tu adalah saya..hehehe..kami mempunyai pantang larang terhadap makanan ini.
Ni pula adalah sagu. Sagu amat terkenal dalam kalangan masyarakat Sarawak. Kebiasaannya, time 'berulam' minum petang, sagu merupakan hidangan penting dalam sajian. Sebab tu, sagu ni jadi 'trademark' masyarakat melanau..=)
Pergghh..nyaman aie. Yang ni pula dikenali sebagai 'Umai'. Umai ni diperbuat daripada ikan mentah..ala2x shusi gitu. Tetapi, ia sedap dimakan apabila diperam bersama jus limau, cili dan bawang besar. Umai ini popular di kawasan Mukah.
gambar ni pula adalah tebaloi. Tebaloi juga merupakan makanan tradisional masyarakat melanau. Ia boleh didapati dalam perisa pandan, coklat, original dan sebagainya..=)

Subscribe to:
Posts (Atom)