Assalamualaikum...
Salam kepada semua...=)
Buat pembaca sekalian.sy ingin berkongsi serba sedikit mengenai masyarakat melanau..
Siapa masyarakat Melanau?
Masyarakat melanau adalah salah satu etnik yang terdapat di Malaysia. Masyarakat melanau kaya dengan adat resam yang diwarisi daripada nenek moyang mereka terdahulu.
Penempatan utama komuniti Melanau kebanyakkannya terletak di muara sungai dan juga anak sungai di kawasan persisiran dari daerah Rajang di bahagian Keenam hingga ke daerah Bintulu di Bahagian Keempat. Dalam kawasan ini terdapat pusat penempatan tertentu berhampiran dengan laut iaitu rajang, Paloh, Belawai, Daro, Matu, Igan, Oya, Mukah dan Bintulu.
Jom tengok makanan best masyarakat Melanau...=)
Buah ini di Sarawak dikenali sebagai buah 'dabai'. Buah ini mempunyai rasa yang sedap dengan lemak buahnya yang tersendiri. Kebiasaannya, buah ini terkenal dan mudah diperolehi di kawasan pertengahan Sarawak iaitu di Sibu dan Sarikei.
Yang ini pula dikenali sebagai 'linut'. Ada sesetengah masyarakat melanau yang tidak boleh makan linut. Antara orang-orang yang spesel tu adalah saya..hehehe..kami mempunyai pantang larang terhadap makanan ini.
Ni pula adalah sagu. Sagu amat terkenal dalam kalangan masyarakat Sarawak. Kebiasaannya, time 'berulam' minum petang, sagu merupakan hidangan penting dalam sajian. Sebab tu, sagu ni jadi 'trademark' masyarakat melanau..=)
Pergghh..nyaman aie. Yang ni pula dikenali sebagai 'Umai'. Umai ni diperbuat daripada ikan mentah..ala2x shusi gitu. Tetapi, ia sedap dimakan apabila diperam bersama jus limau, cili dan bawang besar. Umai ini popular di kawasan Mukah.
gambar ni pula adalah tebaloi. Tebaloi juga merupakan makanan tradisional masyarakat melanau. Ia boleh didapati dalam perisa pandan, coklat, original dan sebagainya..=)
No comments:
Post a Comment