Salah satu persolekan yang ada di zaman moden ini yanga agak keterlaluan dilakukan wanita ialah mencabut bulu kening agar nampak cantik dengan menjadikan ia nipis dan halus bentuknya. Sekarang, segelintir Mak Andam mencabut bulu kening atau alis ini kepada pengantin untuk memperlihatkan hasil tangan yang baik dalam solekan. Setelah itu disapu pula dengan alat solek yang berwarna-warni agar alisnya kelihatan tinggi. Bagi wanita yang pengetahuan agamanya kurang, mereka mudah sahaja membenarkan Mak-mak andam ini mencabut bulu kening sedangkan Islam memandang perbuatan tersebut sebagai suatu usaha mengubah kejadian ALLAH dan hukumnya adalah haram.
Ada hadith yang menjelaskan larangan perbuatan ini iaitu bahawa ; Rasulullah SAW melaknat perempuan yang mencukur atau mencabut bulu alis atau yang diminta dicukur atau dicabutnya.
Perbuatan mencukur alis ini tidak dianggap sebagai bersolek, tetapi mengubah ciptaan Allah. Peringatan buat wanita, fikirkanlah sebelum mengambil keputusan kerana apa yang diciptakan oleh ALLAH untuk kita adalah sebaik-baik kejadian. Wallahualam...
No comments:
Post a Comment