Wednesday, 4 January 2012

hmmm..produk kecantikan??

Salam...=)

Masyarakat sekarang lebih peka terhadap isu halal haram yang berkaitan dengan makanan berbanding dengan isu produk kecantikan yang bahan asasnya belum tentu halal digunakan oleh orang Islam. Hmm..itulah yang terjadi dengan masyarakat kita sekarang. Perkara nie nampak remeh, tapi ia memberikan impak terhadap diri dan ibadah kita. Lebih-lebih lagi produk tu kita gunakan time kita solat..kat sini kita dah timbulkan satu persoalan. Adakah ibadah solat kita diterima oleh Allah? Sama-sama kita fikirkan..

Kadang-kadang segelintir golongan wanita zaman sekarang juga lebih mementingkan kecantikan. Dan kadang-kadang time beli barang mesti memilih barang yang murah tanpa memeriksa dahulu asas bahan yang digunakan dalam produk tersebut. Ramai di kalangan wanita memandang remeh terhadap isu ini. Mungkin kita susah nak menegesan produk yang mengandungi unsur babi di dalamnya tapi sifat berjaga-jaga dan berhati-hati ketika memilih produk amat dititikberatkan.

Sekarang kita dengar pelbagai alat kosmetik telah menggunakan bahan-bahan atau sumber dari badan binatang haram untuk umat Islam. Dari sini, kita perlu berwaspada dan sekurang-kurangnya mempunyai ilmu asas berkaitan bahan pembuatan produk ini agar dapat mengelak dari memilih barang yang diperbuat dari benda haram...

Harap kita semua dapat menilai apa yang terbaik untuk diri kita..Sama-sama kita memberi peringatan dan peringatan ini juga adalah buat saya sebagai seorang wanita....

sekian..

No comments:

Post a Comment