Salam...=)
Sekarang mungkin ramai antara kita masih tidak mengamalkan perkara sunat yang simple dalam kehidupan seharian kita iaitu memotong kuku. Memotong kuku sunat pada hari Jumaat, Isnin dan Khamis. Selain daripada hari itu, makruh bagi kta memotong kuku. Hmm..sebab-sebab dimakruhkan, setakat ini saya belum temui jawapannya. Tetapi, apa yang saya faham, setiap perkara yang sunat ditinggalkan hukumnya adalah makruh.
Menurut Imam Nawawi pula cara-cara memotong kuku, sunat dimulai memotong kuku kedua tangan sebelum lita memotong kuku kaki. Sunat pula memulai memotong kuku tangan kanan dahulu sebelum tangan kiri. Sunat memulai memotong kuku jari telunjuk kanan, kemuadian jari tengah, jari manis, jari kelingking, setelah itu barulah ibu jari.
Selepas itu, berpindah ke tangan kiri, dimulai jari kelingking, jari manis, jari tengah, jari telunjuk dan ibu jari. Setelah itu baru berpindah ke kaki di mulai dengan jari kelingking kiri membawa ke jari-jari selanjutnya hingga tamat ke jari kelingking kanan.
Kita juga dilarang membuang kuku yang dipotong merata tempat kerana setiap anggota anak Adam semua dimuliakan hatta rambut, kuku dan sebagainya.
Sebuah hadith di riwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa ; Nabi SAW memerintahkan agar mengubur (menanam) potongan-potongan rambut dan kuku dan lain-lain rambut yang dipotong dan tidak membiarkan kuku sehingga panjang kerana mudah terselit kotoran.
Dalam kita mengerjakan ibadah-ibadah wajib, kita sepatutnya mengamalkan perkara sunat agar ia sebati dan menjadi amalan kita di dunia. Dan semua ibadah-ibadah ini akan memberikan kita kehidupan yang selesa didunia dan akan menjadi bekalan untuk kita di akhirat kelak.. InsyaAllah..
Sekian..
No comments:
Post a Comment